Dapur Ayu ialah sebuah blog resepi masakan Malaysia yang menyediakan pelbagai resepi mudah, sedap dan menjimatkan untuk seisi keluarga. Fokus utama kami ialah resepi harian ringkas yang menggunakan bahan dapur asas, sesuai untuk mereka yang sibuk tetapi tetap ingin menyediakan hidangan sendiri di rumah.
Di Dapur Ayu, pengunjung boleh menemui koleksi resepi popular seperti masakan ayam, ikan, sayur-sayuran, kuih tradisional Melayu serta menu kegemaran keluarga. Setiap resepi dikongsi bersama langkah demi langkah yang jelas, mudah diikuti dan sesuai untuk semua peringkat, termasuk yang baru belajar memasak.
Selain perkongsian resepi masakan, Dapur Ayu turut berfungsi sebagai platform sokongan perniagaan online. Kami menyediakan ruang pengiklanan dan sewaan tapak promosi untuk usahawan, peniaga dan jenama yang ingin memasarkan produk atau perkhidmatan secara digital.
Tidak hanya tertumpu kepada dunia dapur, Dapur Ayu juga berkongsi tips dan panduan gaya hidup seperti idea bulan madu untuk pengantin baharu, tip rumahtangga dan perkongsian berguna selepas berumahtangga.
Visi Dapur Ayu
Menjadi sebuah platform digital rujukan utama yang dipercayai dalam bidang resepi masakan Malaysia, perniagaan online dan gaya hidup, bagi membantu memudahkan kehidupan seharian pembaca.
Misi Dapur Ayu
- Berkongsi resepi masakan yang mudah, sedap dan menjimatkan untuk semua
- Membantu pembaca memasak dengan yakin walaupun mempunyai masa terhad
- Menyediakan platform promosi yang berkesan untuk usahawan dan peniaga online
- Menyokong transaksi jualan online yang selamat dan mesra pengguna
- Berkongsi tip dan panduan gaya hidup yang praktikal dan bermanfaat