Resepi daging masak kicap ini sangat sesuai untuk anda yang sibuk tetapi masih ingin hidangan sedap ala masakan rumah. Menggunakan bahan ringkas, resipi ini boleh siap dalam 30 minit sahaja, sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam sekeluarga.
🥩 Bahan-bahan Daging Masak Kicap
- 500g daging (hiris nipis)
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 3 ulas bawang putih (titik)
- 1 inci halia (hiris nipis)
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk kasar)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
👩🍳 Cara Masak Daging Masak Kicap Simple
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan daging, gaul dan masak hingga daging bertukar warna.
- Masukkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram. Kacau sebati.
- Tambahkan sedikit air supaya daging empuk dan kuah tidak terlalu kering.
- Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
- Renehkan dengan api sederhana hingga daging empuk dan kuah pekat.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
🌟 Tips Supaya Daging Lembut & Sedap
- Gunakan daging batang pinang atau daging bahagian pejal.
- Hiris nipis melawan urat daging.
- Boleh tambah cili padi jika suka pedas.
🍽️ Cadangan Hidangan
Hidangkan daging masak kicap mudah ini bersama nasi putih panas, telur mata atau sayur goreng ringkas. Confirm bertambah nasi!
